Penggunaan komputer dalam pembelajaran dan pengajaran amat penting di zaman ini. Penggunaannya dapat menjadikan pelajar-pelajar lebih berdikari dan dapat bersaing untuk memajukan diri mereka dan tidak ketinggalan daripada arus kemajuan. Para guru perlu memperlengkapkan diri mereka dengan ilmu tentang IT kerana pelajar sekarang sudah celik IT, agar guru dan pelajar dapat seiring dan sejalan dalam menempuh arus globalisasi
Guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru. Ini disebabkan terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru BM. Tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitu komputer, bahasa dan pembelajaran. Guru pada peringkat awal perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar memberikan kesan yang optimum kepada pelajar. Penggunaan yang tidak menyeluruh dari segi keperluan perlu diberikan perhatian. Contohnya, penggunaan komputer dalam kemahiran menulis sepatutnya diberikan perhatian kerana penggunaan komputer mampu membantu pelajar dalam menyusun organisasi teks serta dapat memudahkan penyuntingan dilakukan. Bagi memastikan keberkesanan pengajaran, bahan bantu yang digunakan perlulah dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan. Kursus komputer telah dihadiri oleh kebanyakan guru BM. Untuk menjamin keberkesanan penggunaan dalam pengajaran, kursus yang dihadiri perlu dikaitkan dengan pembinaan bahan pembelajaran. Perisian yang sesuai boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Kesan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran BM juga didapati positif. Antaranya ialah penggunaan komputer dapat memupuk minat yang mendalam terhadap penguasaan BM. Penggunaan komputer dalam pengajaran menulis karangan dapat memberi kesan terhadap pencapaian pelajar. Kekangan yang dihadapi oleh guru BM dalam melaksanakan pengajaran berbantukan komputer meliputi aspek kursus peningkatan, pelajar yang pelbagai kecerdasan, teknologi komputer yang sering berubah, masa yang diperlukan untuk membuat persediaan pengajaran, dan sebagainya boleh memberi kesan terhadap pengajaran. Faktor kebolehan guru dalam pengendalian komputer, penyediaan bahan pengajaran dan strategi yang sesuai digunakan merupakan kekangan yang sering dihadapi. Dalam hal ini, perancangan dan persediaan pihak pentadbir sekolah dalam menyediakan guru-guru agar benar-benar menguasai kemahiran tersebut perlu dilakukan secara profesional. Masalah dalam penggunaan komputer perlu dihadapi dengan memberikan penekanan kepada penggunaan ICT dalam pengajaran sebagaimana yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran. Sukatan pelajaran BM perlu dirujuk untuk melihat keperluan menggunakan komputer dalam pengajaran. Selain itu, penekanan pengajaran secara integrasi dalam mata pelajaran yang lain juga mampu untuk membantu pelajar mahir dalam sesuatu tajuk .
subjek baru memerlukan kerjasama pelajar:kata che hasnan..so kami sedang berusaha untuk membentuk"center point"dalam satu blog....ustazah ict...hantar/ambil maklumat dc2..satu wakil/satu kawasan...jadilah wakil d kawasan anda dengan "log masuk "d ustazah ict dan di dalam komen nyatakan kawasan anda....syukran.tambahan pula blog anda terdapat banyak kekurangan
artikel baik...
ReplyDeletePenggunaan komputer dalam pembelajaran dan pengajaran amat penting di zaman ini. Penggunaannya dapat menjadikan pelajar-pelajar lebih berdikari dan dapat bersaing untuk memajukan diri mereka dan tidak ketinggalan daripada arus kemajuan.
ReplyDeletePara guru perlu memperlengkapkan diri mereka dengan ilmu tentang IT kerana pelajar sekarang sudah celik IT, agar guru dan pelajar dapat seiring dan sejalan dalam menempuh arus globalisasi
Guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru. Ini disebabkan terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru BM. Tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitu komputer, bahasa dan pembelajaran. Guru pada peringkat awal perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar memberikan kesan yang optimum kepada pelajar. Penggunaan yang tidak menyeluruh dari segi keperluan perlu diberikan perhatian. Contohnya, penggunaan komputer dalam kemahiran menulis sepatutnya diberikan perhatian kerana penggunaan komputer mampu membantu pelajar dalam menyusun organisasi teks serta dapat memudahkan penyuntingan dilakukan. Bagi memastikan keberkesanan pengajaran, bahan bantu yang digunakan perlulah dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan. Kursus komputer telah dihadiri oleh kebanyakan guru BM. Untuk menjamin keberkesanan penggunaan dalam pengajaran, kursus yang dihadiri perlu dikaitkan dengan pembinaan bahan pembelajaran. Perisian yang sesuai boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Kesan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran BM juga didapati positif. Antaranya ialah penggunaan komputer dapat memupuk minat yang mendalam terhadap penguasaan BM. Penggunaan komputer dalam pengajaran menulis karangan dapat memberi kesan terhadap pencapaian pelajar. Kekangan yang dihadapi oleh guru BM dalam melaksanakan pengajaran berbantukan komputer meliputi aspek kursus peningkatan, pelajar yang pelbagai kecerdasan, teknologi komputer yang sering berubah, masa yang diperlukan untuk membuat persediaan pengajaran, dan sebagainya boleh memberi kesan terhadap pengajaran. Faktor kebolehan guru dalam pengendalian komputer, penyediaan bahan pengajaran dan strategi yang sesuai digunakan merupakan kekangan yang sering dihadapi. Dalam hal ini, perancangan dan persediaan pihak pentadbir sekolah dalam menyediakan guru-guru agar benar-benar menguasai kemahiran tersebut perlu dilakukan secara profesional. Masalah dalam penggunaan komputer perlu dihadapi dengan memberikan penekanan kepada penggunaan ICT dalam pengajaran sebagaimana yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran. Sukatan pelajaran BM perlu dirujuk untuk melihat keperluan menggunakan komputer dalam pengajaran. Selain itu, penekanan pengajaran secara integrasi dalam mata pelajaran yang lain juga mampu untuk membantu pelajar mahir dalam sesuatu tajuk .
ReplyDeletesubjek baru memerlukan kerjasama pelajar:kata che hasnan..so kami sedang berusaha untuk membentuk"center point"dalam satu blog....ustazah ict...hantar/ambil maklumat dc2..satu wakil/satu kawasan...jadilah wakil d kawasan anda dengan "log masuk "d ustazah ict dan di dalam komen nyatakan kawasan anda....syukran.tambahan pula blog anda terdapat banyak kekurangan
ReplyDelete